"The best way to enjoy life is by sharing something with people."

17 January 2012

Apa Anda Buat Masa Kecik

Malam!

Malam ini suka untuk saya berkongsi sesuatu yang boleh meriangkan hati kita bila kita sedih, bosan atau not in a good mood, mungkin (tanda soal). Saya bagitau siang-siang keypad simbol tanda soal rosak maka di penghujung ayat tanya akan ada (tanda soal). Anda paham (tanda soal). Bagus!

Masa kecik punya cerita memang tak habis kalau nak dicerita kat sini sampai anda menguap pon eh tak habis lagi. Maka beta tidaklah ingin bercerita panjang lebar pasal zaman kanak-kanak beta cuma ada sedikit perkara yang beta rasa seronok sangat nak cerita! *Terkinja-kinja sambil tangan digenggam dan diangkat pada paras bahu. Reaksi biasa bagi orang yang tengah excited*. Ok la untuk tidak membuang waktu beta teruskan dengan ceritera zaman kanak-kanak beta. Beta yakin kita semua pernah buat beberapa perkara yang pelik, janggal dan kadang-kadang orang tua cakap "buang tebiat" masa kita kanak-kanak *bercakap dengan gaya M.Nasir sebagai Hang Tuah dalam iklan kitkat*. Meh sini tengok apa benda pelik saya buat masa kecik.

1. On kipas meja, cakap depan kipas supaya suara bergetar.

2. Naik kereta, tengok awan atau bulan atau matahari lepas tu ingat semua benda tu ikut kita. Kadang-kadang lalu kat highway boleh ingat gunung pun ikut kita.

3. Bila tengok cermin mesti nk intai-intai tepi-tepi cermin tengok ada apa dalam cermin. Konon-konon macam ada dunia lain dalam cermin. Rasa nak masuk. *belum faham konsep pantulan*

4. Naik basikal dan lepas tangan dari handle. Rasa power habis! Lepas tu lumba dengan kawan siapa paling lama boleh lepas tangan. *Selalu buat masa on the way balik rumah dari tempat tuisyen*

5. Kalau kena buat lukisan pemandangan mesti lukis dua bukit dan kat tengah-tengah bukit ada matahari, ada rumah kayu 2 tiang (macam lukisan 2D), laut atau sawah, ada burung yang dilukis macam huruf V. Kadang-kadang lukis matahari kat penjuru atas kertas lukisan.

6. Sehari sebelum lori vitagen datang cikgu mesti bagi borang kecik untuk tanda perisa apa nak beli. Dah tanda siap-siap kat sekolah bila balik rumah minta duit kat mak cakap nak beli vitagen. Mak terpaksa bagi duit ikut jumlah yang ditanda walaupun kurang redha.*Mama saya selalu cakap boleh beli 3 je sebab lain kali beli kat kedai. Terus berhati-hati pilih perisa yang paling digemari*

7. Masa kecil ingat bentuk hati sebenar macam  ni.

8. Nak lembutkat plastisin mesti letak atas tv sebab panas.

9. Letak nama teddy bear sebagai "bebe" memandangkan itu adalah patung beruang yang dipanggil 'bear'.

10. Buka peti ais, lepas tu tutup perlahan-lahan sebab nak tengok lampu terpadam. *Kena marah dengan ayah sebab suka main peti ais. Ayah tak faham anak nak belajar fizik.*

11. Beratur paling kurang 2 kali untuk amik milo free. *Kali kedua beratur mesti cakap ni untuk kawan saya. Padahal orang lori tu macam "ada aku kesah(tanda soal)" *

12. Petik daun atau bunga, amik batu kerikir, lepas tu main tumbuk-tumbuk tepi longkang. Tumbuk tumbuhan tu sampai lumat lepas tu buang dalam longkang. *Kerja tak berfaedah*

13. Kalau main dekat taman, mesti nak naik gelongsor ikut tempat sliding yang licin tu walaupun ada tangga. Tak adventure la naik tangga. Lepas tu sliding secara meniarap supaya nampak 'superhero'. * Muka penuh parut sekejap sebab terjatuh atas pasir*

14. Main make up make up depan meja solek dalam bilik mama. Tidak ketinggalan guna hair-dryer yang tidak on pun suisnya.

15. Berjalan dalam longkang konon-konon macam adventure. *Masa tu kagum tengok cerita omputih yang selalu keluar dari lubang pembentung tengah-tengah jalan*


16. Masa mandi dalam bilik air, amik baldi atau gayung lepas tu tutup lubang lepas tu biarkan air paip terbuka lepas tu berenang-renang konon dalam kolam renang.

17. Yang paling best, saya ada banyak gelaran pelik bagi perkataan tertentu seperti, ondia = india, makanan burung = bijan goreng dan banyak lagi yang dah tak ingat.


Haaa mesti ada antara perkara kat atas yang awak-awak semua pernah buat kan(tanda soal). Jangan tipuuu....dosa! Kalau masa kecik mesti nyanyi, "ha..ha...lesai..sape tipu die berdosa..nanti masuk api neraka.." sambil jari telunjuk ditegakkan dan digoyang-goyangkan sikit. Takut tak(tanda soal 10x). Hahaha!

Ok lah. Banyak lagi benda mengarut saya buat tapi biarlah rahsia..cewah. Sebenarnya takut kena kutuk. So lets getting fun with the sweet memories!

So long!



04 January 2012

Opening 2012

Assalamualaikum.

Good Day everyone!

For so long membiarkan laman sesawang ini dipenuhi the real sawang, hari ini datang cuci sawang*sambil jari menyapu habuk pada skrin laptop*. Selamat kita ke tahun baru sekali lagi. Setiap kali masuk tahun baru aku akan cakap, "ish tak sangka kita boleh hidup sampai tahun 2000 lebih.". Yelah masa kecik bila tulis tarikh dekat belah atas kanan buku tulis kan masih tahun 1990-an. Memang tidak terfikir langsung sekarang akan tulis 2012. Bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kepada diri ini untuk berubah kepada kebaikan.

Orang semua dok sibuk buat wish list dan azam tahun baru tapi aku dah buat siap-siap dah kan dalam entry sebelum ni. Hehe. Baca sendiri sebab aku malas nak ulang. Kalau nak la. Mak tak paksa hokayy! Ha memandangkan aku cuti ter-over lama sejak bulan 11 haritu, maka aku pun dengan tak sengaja menjadi thinker sepenuh masa. Lebih 12 jam sehari aku duduk rumah buat aku terfikir macam-macam tentang diri aku. Bila aku buka facebook, aku tengok status orang lepas tu rasa tak puas hati lepas tu aku fikir, ada tak orang tak puas hati dengan aku. Bila aku blogwalking (tapi jogging malas) baca blog orang kata orang sana sini aku pun fikir, ada tak orang mengata aku kat blog. Semua ini membangkitkan keghairahan (aku bukan datin ghairah dan tak tengok pon cerita itu) aku untuk melihat kekurangan diri. Aku rasa kalau aku berkongsi dengan..emm..awak yang tengah baca la.., boleh la kita sama-sama mengkaji macam mana nak dibaikpulih kan? Setuju? Baik awak angguk sebelum tangan saya keluar dan sekeh kepala awak! 

Baiklah, biar saya senaraikan beberapa atau lebih tepat sebeban kelemahan diri saya ye.

1. Terlalu emosi - lagi-lagi bila datang bulan.

2. Bercakap dengan kasar - Orang yang pernah bercakap dengan saya mungkin faham tahap kenyaringan suara saya yang kadang-kadang macam pitching nak marah orang tapi sebenarnya tidak. Memang suara saya berbunyi excited setiap masa. Hell yeah!

3. Malas - Bila datang penyakit ini saya akan jadi malas cakap, malas jawab orang panggil, malas bergerak (macam ikan paus yang terdampar di pantai), malas tolong mama saya sidai kain lipat kain dan apa-apa berkaitan kain, malas masukkan kereta dalam porch dan malas segalanya.

4. Suka memberontak - Saya akan menghempas apa saja yang saya pegang bila saya tak dapat menyampaikan kemarahan kepada orang yang saya marah.

5. Membebel semasa memandu - Bodoh dan bangang menjadi mainan mulut semasa memandu. Sesiapa yang menyebabkan ketidaklancaran pemanduan saya akan di cop 'bodoh' dan 'bangang' dengan selambanya.

6. Tidak sabar. - Saya tak boleh sabar terhadap benda remeh seperti tunggu orang balas sms saya, tunggu orang bersiap, tunggu waiter datang amik order, tunggu giliran main game kat laptop. Dan bila tak sabar mulut saya akan bising.

7. Kerja bertangguh - Mungkin kesinambungan dari penyakit malas menyebabkan saya suka menangguhkan kerja.

8. Penting diri - Saya selalu nak orang faham dan ikut rentak saya tapi saya sengaja tak nak faham orang sebab tak nak ikut rentak orang. Kadang-kadang.

Mesti ada yang kata bodoh betul perempuan ni cerita kelemahan diri sendiri macam "membuka pekung di dada". Lepas itu kutuk-kutuk aku dengan kawan-kawan kau kan? Aku suka aku suka dapat pahala free! Kahkahkah! Ikot kome ler... Aku berkongsi kekurangan aku untuk minta jasa baik korang bagi cadangan macam mana nak handle masalah kelemahan aku ini so that I can change and be a better human being. Boleh? 

Orang sekarang ramai yang suka berdakwah aku tengok. Tapi adakah diri anda sudah cukup baik untuk jadi pendakwah yang berkesan? Meh renung-renungkan. Semoga ada yang sudi menjadikan aku lebih baik dari semalam. Selamat memulakan tahun baru dengan penuh keredhaan Allah!

Daaa!~

25 October 2011

Resolusi 2011.

Assalamualaikum.

Bila dah datang semangat nak menulis blog, memang otak dengan tangan sama naik gatalnya nak mencoret merapu marapik dekat sini. Tak apalah. Bukan senang beb nak dapat semangat sebegini. So, niat harus diteruskan!

Bercakap pasal resolusi yang orang dok sibuk buat setiap kali menjelang tahun baru, aku dengan bangganya nak bagitahu bahawa tahun ini adalah tahun pertama aku buat resolusi demi menunjukkan kesemangatan menyambut tahun baru. Al-maklumlah masa itu aku baru habis belajar dan rasa nak jadi orang berguna. Maka buatlah resolusi tahun baru.

Resolusi itu apa pun aku tak tahu masa itu tapi main taram saja reka resolusi 'macam bagus' konon-konon berharap tahun baru akan memberikan suatu kelainan berbanding tahun sebelum. Ok, resolusi aku tak banyak. Dan tak gempak. Dan tak bermotivasi pun kot. Aku cuma berazam untuk dapat kerja sahaja. Tak kisah tetap ke tak tetap. Itu saja. Memang tak berapa nak berwawasan pun resolusi aku. Kan aku cakap aku tak tahu resolusi itu apa. Aku fikir, macam azam tahun baru jela. Main tibai reka maksud sendiri. Hehe.

Dan sekarang sudah hampir sampai ke penghujung tahun 2011. Aku, dah pun mencapai azam yang aku cipta dalam entry INI. Alhamdulillah tuhan masih sudi memberi rezeki kepada hambaNya yang kerdil ini. Kerdil ke? Macam gergasi penternak lemak ada la. Dan, dengan tak disangka, aku telah mencapai satu azam 2012! Amboi, 2011 pun belum habis dah ada azam 2012. Cewah konon macam seorang yang bervisi je bila gebang dah ada azam untuk 2 tahun ke depan. Cet!

Yea, azam tahun depan yang telah pun ter-tercapai tahun ini ialah aku sudah ada aset pertama. Syukur tuhan tak boring lagi nak bagi rezeki dekat hambaNya. Jadi, rajin-rajinlah meminta dengan tuhan yang maha pemurah ok! Semoga kita semua dilimpahi rezeki oleh Allah s.w.t.


Meet bumblebee!



Alang-alang nak buat teruslah resolusi tahun depan. Semoga tahun 2012 akan terbina sebuah lagi masjid bagi menyatu dua hamba Allah yang ingin saling menjaga sehidup semati. Amin.



Malam!



24 October 2011

Maaf saja tidak berguna.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Kalau blog ini boleh mengeluarkan bunyi, pasti dan memang pasti suara yang nyaring akan kedengaran bagai mencucuk gegendang telinga anda, Saya yakin! Mujur tidak. Motif menjerit? Saja test keypad sebab huruf 'A' selalu jam.

Hai assalamualaikum! Dah berbulan tak datang lawat kawasan. Sendiri boring dengan blog sendiri apa lagi pembaca yang berapa kerat? Tak apa. Tak menjadi masalah. Masalahnya sekarang ialah nak kerah otak mengeluarkan idea bernas untuk menulis blog. *Sambil tarik-tarik rambut dengan harapan idea terkejut-kejut lepas itu terkeluar dari lubang akar rambut. Merepek.*

Ok lah. Terus kepada tujuan utama selain daripada melawat kawasan. Eh, tiba-tiba ada satu ikan dalam akuarium dekat sebelah ni macam ada jerawat atas hidung dia. Jerawat ke? Lebih kurang macam kudis la. Ish inilah masalahnya kalau letak laptop dekat tepi akuarium. Langsung tak boleh fokus! Sebab itu dah beberapa kali buka blog dan tulis satu ayat lepas itu terus log out. Teruk perangai. 

Ok ok serius balik. Korang rasa, apakah relevannya seseorang itu meminta maaf pada kita tapi dalam masa yang sama buat kita sakit hati? Patut ke maafnya diterima atau patut cakap "tiada maaf bagimu!"? Ok fine aku memang pasti 123% orang akan cakap, sedangkan nabi ampunkan umat apatah lagi kita yang jahil ini. Mungkin. Tapi, sebab apa orang itu minta maaf kalau dia pun belum puas buat dosa sakitkan hati kita? Tak paham betul aku dengan spesies jenis suka menanam tebu di tepi bibir ni. Kalau perkataan 'maaf' itu tak ada makna pada kau, lebih baik kau jangan rendahkan martabat diri kau pergi minta maaf dekat musuh kau la. Baik kau bersuka-suki pergi mengata belakang ke puas-puas kumpul dosa sampai lebih tinggi dari Himalaya lepas itu baru bertaubat pukal. Sebab, kalau kau minta maaf dekat orang yang kau buat salah tapi bukan dengan penuh keikhlasan, memang confirm kau akan buat dosa lagi dengan orang itu. Malah lebih kot. Fikirkan.

Sebab itu, aku susah nak ucap maaf kepada orang yang aku bersalah kepada. Apa aku merepek ni??? Maksudnya, kalau aku buat salah dekat seseorang, aku akan diam dulu. Lepas itu aku akan cari ruang berbuat baik kepadanya TANPA mengucapkan maaf. Itu cara aku la. So everyone, kalau ada buat salah dengan aku tak payah datang minta maaf pun tak apa janji kau jangan buat aku sakit hati lagi ok. Tapi jangan risau, aku akan sentiasa memaafkan orang dengan harapan korang memaafkan aku jugak. Hee~


Siapa berani buat aku marah?? Aku ada geng untuk kerjakan orang itu! Grrrrrr!!~








14 August 2011

Puasa.Ramadhan.

Salam Ramadhan semua. Dah masuk 14 hari puasa baru hegeh nak wish. Tapi apa salahnya puasa kan sebulan. Tahun ini adalah pertama kali sambut puasa sebagai orang bekerja. Jauh beza dengan puasa zaman belajar dan zaman menanam anggur. Dari segi penat, memang puasa sebagai pekerja amat memenatkan tapi dari segi keseronokan memang zaman belajar dan menganggur jatuh di tempat pertama! Tapi, kepuasan berpuasa tetap berpihak kepada zaman bekerja kerana masa sepenuhnya digunakan untuk perkara berfaedah dan boleh tambah pahala (moga-moga....aminnnn).

Sambil jari-jemari tekan-tekan keyboard, telinga didendangkan lagu-lagu raya walaupun hakikatnya belum waktu yang sesuai. Tapi, ada aku kesah?? Ok, apa beza puasa zaman belajar dengan zaman kerja? Ni gwa nak cerita la ni. Tak nak baca ke tak nak tahu ke suka hati. Tapi kalau dah baca sampai sini alang kepalang teruskan jela baca sampai habis. Hehe.

Tidur - Bab ini memang penting kalau buka buku rujukan 'PUASA'. Masa zaman bergelar student memang boleh kata 12 jam masa untuk tidur saja sampai mama asyik ulang-ulang cakap "kuruslah puasa tu....." yang bermaksud kurang la pahala puasa. Tapi apa boleh buat dalam keadaan kekurangan oksigen memang mustahil nak berlawan dengan mata sendiri. Bila masuk saja alam bekerja, gwa tak tidur siang beb! Gila. Ini bukan diri gwa. Rasa macam bawa beras 10kg atas kelopak mata tetapi tak ada peluang langsung nak lelap walau seminit. Dasyat. Start berjaga dari pukul 5 pagi sampai 11 malam, sila kira sendiri berapa jam. Sampai terpaksa motivate diri yang tuhan pasti membalas pengorbanan yang tak seberapa yang dah gwa buat. Ceh, baru kena tahan ngantuk dah minta tuhan balas. Tak senonoh. 

Sahur - Apa yang berbeza pasal sahur ye. Em obviously about food. Zaman student saya adalah merujuk kepada zaman belajar selepas sekolah harap maklum. So masa dekat matrik dan u, jelas sekali saya yang tidak cenderung untuk memasak ini TIDAK PERNAH masak makanan sahur sendiri. Lebih rela tidak bersahur atau makan siap-siap dekat kedai pukul  1 pagi. Teruk perangai. Tapi mujur, masa dekat hostel dan rumah sewa, ada kawan-kawan yang super rajin tolong siapkan makanan sahur. Gwa yang tak senonoh perangai akan bangun bila dikejut dan gosok gigi dan makan saja makanan yang dah tersedia. Nasi pun dah ada dalam pinggan beb. Housemates yang super baik. Miss you'll damn much. Zaman kerja, lagi tak senonoh!  Mama dan adik yang akan berkecah dekat dapur sediakan santapan sahur manakala gwa bangun bila dikejut oleh mama dan gosok gigi dan makan tapi rajin sikit sebab buat air sendiri. Ya Allah ya tuhanku, tolong la insafkan hambaMu ini. Bukan gwa sengaja tak nak ambik alih tugas-tugas itu semua, tapi mama gwa memang jauh lebih pantas dan tangkas untuk menyetelkan semua. How can I live without you mama. Supaya kurang malu, gwa pasti akan kemas dan basuh segala benda dalam sinki, pun kira ok la tu kan? Hehe.

Berbuka - Dua-dua zaman pun berbuka adalah sesuatu yang menyeronokkan! Kalau ada lecture pukul 4 sampai 6 petang memang macam ada cacing dekat punggung sebab tak senang duduk umpama bazar menyeru-nyeru suruh pergi cepat-cepat. Pukul 5.30 dah siap buat list nak beli apa dekat bazar. Habis lecture semua orang pun macam kambing keluar kandang berdesup kereta dan motor masing-masing berlumba ke bazar. Tak lari bazar dikejar tapi tetap nak kejar jugak. Takut makanan favourite masing-masing habis lah tu. Ini lebih kepada kisah diri sendiri sebenarnya. Hehe. Tapi tapi tapi, walau berjuta jenis makanan dekat bazar pun, tetap tak boleh lawan masakan rumah yang jauh panggang dari api hebatnya. Lepas beberapa tahun makan makanan bazar (dekat matrik pun beli makanan kat bazar hari-hari), akhirnya zaman kerja pulang semula ke rumah tercinta. Bersahur beramai-ramai, berbuka beramai-ramai, bertarawikh beramai-ramai dan boleh selalu berkumpul ramai-ramai berbuka di rumah aki dan wan. Memang heaven bila dikelilingi keluarga tersayang. Bab makanan tak payah cakap la, memang boleh tambah berat badan 1 kg 1 hari. I miss the old times yet love the current!

Tarawih - Jauh beza. Zaman belajar adalah zaman paling 'dunia'. Hanya tahu nak pergi bazar cari juadah berbuka dan pegi berjalan di malam hari. Habis round shopping mall, pergi tawaf bazar @ uptown pula. Dah lewat malam sibuk-sibuk cari kedai makan nak isi perut untuk sahur. Ada juga lah pergi tarawikh 2 3 kali dan itupun kalau dah bosan tak ada tempat nak ditawaf lagi. Begitulah hidup pada zaman student yang penuh dengan hiburan saja dalam kepala otak. Jahil. Mujur, zaman kerja balik semula ke rumah. Balik ke pangkal jalan. Hari-hari gagahkan diri ikut parent pergi tarawikh kat masjid negeri. Seronok. Tapi ada jugaklah hari tercicir sebab penat melampaui batas. Walaupun mata buka separuh saja masa tarawikh but still, it's such an amazing feel when we do extra work during Ramadhan. Kalau hari biasa, solat wajib pun akhir waktu baru hegeh nak sembahyang. Haih. 

Rasa-rasa itu saja yang mahu dikongsikan. Anyway, I love Ramadhan more than Syawal. Why? Because we celebrate each day in Ramadhan. Tetapi hanya 1 syawal yang kita nanti-nanti. Bukan 28, 29 atau 30 Syawal. So, lets light up this Ramadhan. And looking forward the next Ramadhan. Happy fasting you'll!!

p/s : Mohon dimaafkan jika ada yang pernah terguris hati tersinggung rasa disebabkan saya. Insan tak pernah lupa berbuat salah dan sentiasa memohon maaf. Semoga tiada musuh saya di luar sana dan seikhlas hati saya maafkan anda semua. 

Salam.

26 July 2011

Ayam Penyet.

Hye geng!
Sekarang saya nak bercakap tentang makanan sebab saya tengah lapa. Boleh ke camtu? Boleh ke tak boleh nak jugak sebab konon-konon boleh hilang lapar. Lagi rela jamu mata tengok makanan kat internet daripada pergi merajinkan diri meringankan bontot pergi dapur sediakan sarapan. Uh! Pemalas tahap tak tahu nak cakap macam mana. OK, first sekali saya nak bagitahu saya adalah seorang yang berketurunan jawa. JAWA?? Yes, jawa. Owh mungkin muka dan cara cakap tidak menggambarkan langsung kejawaan saya tapi hakikatnya memang YA! Tapi, hanya ada satu perkara yang membolehkan orang sekeliling recognize kami sekeluarga kecuali mama adalah orang jawa, MAKANAN!
*mama saya juga ada kacukannya tersendiri tapi dia bukan seorang jawa.

Sebelum itu suka saya maklumkan yang keluarga saya memang suka, kuat dan hantu makan. Kami makan apa saja yang SEDAP dan kami juga suka #acucubeterai tempat makan baru. Memandangkan kami tinggal di Kuantan dan bukan Klang mahupun Kuala Selangor, maka memang susah nak cari restoran yang menyajikan makanan kejawaan, maka ayah saya akan memasak sendiri di rumah tatkala kami anak-beranak terkecur air liur nak makan tempe, pecel lele, mee jawa dan seangkatan dengannya. Ayah saya masak memang BEST bukan nak ampu tapi memang tulus ikhlas dari hati. Buktinya tengok sendiri badan-badan sasa anak-anaknya. Muahahaha!~

OK, bila sebut orang jawa memang sinonim dengan sebarang makanan yang dipenyetkan. Jadi, sebagai orang jawa saya tidak ketinggalan untuk turut menggilai masakan penyet(terus terbayang perbuatan memenyet hidung). Yang paling digilai adalah AYAM PENYET sebab saya memang hantu ayam. Tapi suka juga ikan keli yang digoreng seperti ayam penyet tapi biasa dihidang sebagai pecel lele. Udang penyet pun suka dan semua pun sukalah! Nyum!

Saya gembira sebab air liur saya sudah tak sempat kecur lagi sebab dah ada ini!



Saya boleh pergi bila terasa nak makan makanan tradisi jawa dan minang.
*saya juga berdarah minang sedikit tapi tak tahu la berapa peratus.
Terima kasih sebab membuka cawangan di kuantan! I love u lah AP-AYAM PENYET!

Saya tahu kuantan agak sedikit ketinggalan tapi saya tak kira saya nak juga rasa bangga sebab kuantan dah ada Ayam Penyet. Tepukan gemuruh untuk KUANTAN cantik, maju dan masyhur!!!

nota kaki: lele;sambal.

Sekian dulu dari saya!


12 July 2011

Siapa makan cili,dia rasa pedas.

Assalamualaikum.

Cuba tengok atas? Biasa dengar tak pepatah Melayu tu? Sesungguhnya orang Melayu memang kaya dengan bahasa. Tapi dalam banyak-banyak peribahasa, peribahasa ni la yang paling aku suka, 'Siapa makan cili, dia rasa pedas'. Kenapa aku suka? Sebab orang zaman sekarang ni memang susah nak ditegur secara direct. Sikit-sikit nak touching. Sikit-sikit nak dendam. Sikit-sikit nak disumpah seranah balik orang yang menegur walaupun kadang-kadang memang salah batang kaki sendiri. Macam diri sendiri sangat perfect sampai tak boleh ditegur langsung. Kau tu malaikat ke kak sampai tak ada buat salah langsung? So, disebabkan kebijaksanaan orang-orang Melayu dulu-dulu maka mereka dah reka siap-siap peribahasa yang kaw punya untuk diaplikasikan sebagai cara alternatif untuk menegur orang yang perasan 'maksum' ini. Kalau belek buku rujukan pendidikan Islam PMR, 'maksum' ertinya terpelihara dari dosa yang mana keisimewaan ini hanya terdapat pada para rasul dan malaikat. So, tak ada manusia yang bersifat 'maksum' melainkan yang disebut tadi ok. Hebat tak hebat lah kan tok nenek kita dulu dah boleh fikir 100 tahun ke depan pada masa itu. 

Ok dipendekkan cerita, pepatah 'Siapa makan cili, dia rasa pedas' sebenarnya simbolik kepada kata-kata yang bertujuan untuk memerli atau menyindir seseorang. Yelah, kalau kena sound direct nanti konon-konon jatuh pula air muka yang tak berapa nak basah tu. Jadi, cara lain yang boleh digunakan ialah dengan berkata-kata macam baik tapi dengan maksudnya pehhh rasa sendiri lah dekat batang hidung sendiri. Makan dalam punya ayat. Itulah namanya menyindir.

Alah sebenarnya aku tak rajin pun nak berkias-kias merapik pasal peribahasa la pulak. Aku sebenarnya nak cakap kat orang yang terasa selepas membaca blog aku, "Siapa makan cili, padan muka kau kan dah pedas!"
Itu saja! Till then!